Pusat Sumber Sekolah (PSS) ditubuhkan pada tahun 1987 setelah proses pengubahsuaian tiga bilik darjah yang telah siap dibina berlaku. Usaha serta komitmen yang berterusan daripada pihak PIBG SK. Lobok Pusing dalam membina struktur PSS membolehkan PSS dapat beroperasi sepenuhnya pada tahun 1988. Bermula dari tahun tersebut, PSS terus beroperasi di bangunan tambahan yang juga menempatkan Dewan Serbaguna dan Kelas Pra Sekolah. Pada awal tahun 2010, sebuah rumah guru konkrit telah dibaikpulih untuk dijadikan PSS yang lebih kemas dan lebih banyak ruang. Pusat Sumber Sekolah kini terletak di rumah guru yang mempunyai 3 buah bilik utama iaitu Bilik penyelaras (terdiri juga bilik tayangan, udut Sal/Karel), Bilik BBM dan Bilik permainan (termasuk juga sudut-sudut pameran). Di ruang tamu pula telah diletakkan kaunter sirkulasi iaitu kaunter untuk urusan peminjaman dan pemulangan buku. Manakala di bahagian dapur pula telah dijadikan ruang bacaan yang menempatkan rak-rak buku dan sudut bakat cilik.
SEJARAH PENUBUHAN PSS SK. LOBOK PUSING
ReplyDeletePusat Sumber Sekolah (PSS) ditubuhkan pada tahun 1987 setelah proses pengubahsuaian tiga bilik darjah yang telah siap dibina berlaku.
Usaha serta komitmen yang berterusan daripada pihak PIBG SK. Lobok Pusing dalam membina struktur PSS membolehkan PSS dapat beroperasi sepenuhnya pada tahun 1988. Bermula dari tahun tersebut, PSS terus beroperasi di bangunan tambahan yang juga menempatkan Dewan Serbaguna dan Kelas Pra Sekolah. Pada awal tahun 2010, sebuah rumah guru konkrit telah dibaikpulih untuk dijadikan PSS yang lebih kemas dan lebih banyak ruang.
Pusat Sumber Sekolah kini terletak di rumah guru yang mempunyai 3 buah bilik utama iaitu Bilik penyelaras (terdiri juga bilik tayangan, udut Sal/Karel), Bilik BBM dan Bilik permainan (termasuk juga sudut-sudut pameran). Di ruang tamu pula telah diletakkan kaunter sirkulasi iaitu kaunter untuk urusan peminjaman dan pemulangan buku. Manakala di bahagian dapur pula telah dijadikan ruang bacaan yang menempatkan rak-rak buku dan sudut bakat cilik.