Thursday 12 October 2017

ACADEMICAL TRIP TO KL TOWER

Assalamualaikum

Seperti biasa apabila menjelang hujung tahun, pasti banyak program-program sekolah yang akan dijalankan. Kali ini SKLP menganjurkan satu program yang memang dinanti-nantikan oleh warganya. Yeeaaahhhhh.... program lawatan!!!

Oleh itu, pada 10 Oktober 2017 bersamaan hari Selasa pihak sekolah telah berjaya menganjurkan satu lawatan sambil belajar atau 'Academical Trip To KL Tower'.... So, mana lagi? KL Tower laaa..... 

Nak tau best atau tak? Tengok sajalah gambar-gambar di bawah yang menunjukkan kegembiraan dan keterujaan mereka tahun ini. Jangan ingat kalau pergi KL Tower ni tidak ada apa-apa yang menarik.. Banyak tempat-tempat menarik di sini.. 

Antaranya Sky Deck, Observation Deck, 3D Theatre, Coral Blue, Mini Zoo dan Up Side Down House. Mari kita tengok gambar-gambar di bawah ini...😃😃

Mula-mula kami sampai di KL Tower. Beratur la sekejap sementara menunggu urusan pembayaran. Masing-masing excited nak naik ke atas.



Pelancong asing pun tidak melepskan peluang bersama-sama beratur menunggu giliran.
Sabar menanti nak naik Sky Deck.
Sky Deck.... mencabar keberanian anda.


Relaks jer mereka di Sky Deck ni.
Pengalaman yang mengujakan di Sky Deck.

Meninjau sekitar Kuala Lumpur di Observation Deck

Pelbagai jenis menara yang tinggi di sekitar dunia dipamerkan di sini.

Kami berjaya melepasi gementar di Sky Deck.

Lagi foto di Sky Deck.

Terbalik di Up Side Down House

Tak pening ker?

Alamak!

Waktu tu pihak ranger sedang memberi taklimat ringkas sebelum memasuki Mini Zoo.

Seronok kan?  Banyak lagi foto-foto dan info yang akan diceritakan tentang Academical Trip To KL Tower pada post yang akan datang. Tunggu.........



Wednesday 4 October 2017

Program Jelajah Ilmu Pengetahuan di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam dan Perpustakaan Desa Bagan Terap

Pada 3 Oktober 2017 (Selasa) seramai 15 orang pustakawan dan 3 orang guru telah mengadakan Program Jelajah Ilmu Pengetahuan di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam dan Perpustakaan Desa Bagan Terap.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program ini ialah penerangan daripada pembantu perpustakaan, membuat origami, dan simulasi proses peminjaman dan pemulangan buku.





Friday 25 August 2017

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DAN SUKAN SEKAMPUNG 2017

Kejohanan Sukan Tahunan dan Sukan Sekampung telah dijalankan pada 24.8.2017 hari Ahad dengan kerjasama pelajar-pelajar Fakulti Psikologi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Pelbagai aktiviti yang melibatkan murid dan warga kampung telah dijalankan pada hari tersebut.
Meriah! Gemilang! Hebat..... itulah antara reaksi sebahagian besar penduduk kampung yang turut serta dalam kejohanan kali ini.

Terima kasih kepada semua warga SKLP, UPSI dan sekitarnya.







Saturday 29 April 2017

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT


Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah dijalankan pada 25 April 2017 hari Selasa jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi. Program dijalankan di Surau An Nur SK Lobok Pusing. Sasaran program semua murid SK lobok Pusing.









Thursday 20 April 2017

FESTIVAL KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) 2017


Festival Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2017 telah dijalankan pada 10 hingga 14 April 2017 Isnin hingga Jumaat selama 5 hari. Program ini dijalakan dari pukul 7.30 hingga 10.00 pagi bertempat Pusat Sumber SK Lobok Pusing.




Friday 30 September 2016